Tuesday 3 December 2013

Proses Hidup Manusia

Manusia menjalani beberapa proses hidup untuk manusia kekal hidup di dunia bersandarkan kepada empat keperluan asas (air, udara, makanan, tempat perlindungan).
* Pernafasan Manusia
Manusia bernafas menggunakan hidung / mulut –> salur udara –> peparu .
Apabila menghembus nafas, udara keluar dari peparu –> salur udara –> hidung / mulut .
* Perkumuhan dan Penyahtinjaan
Daripada makanan yang kita makan, terdapat sebahagian yang tidak tercerna dan bahagian yang dicerna juga menghasilkan bahan buangan.
Pembuangan dalam bentuk pepejal ialah nyahtinja.
Pembuangan dalam bentuk cecair ialah berkumuh. Contoh : air peluh, air kencing, wap air (daripada pernafasan).
* Gerak Balas Terhadap Ransangan
Manusia juga bergerak balas terhadap ransangan secara spontan (tidak melalui berfikir / niat) .
Contoh : Kita secara automatik menarik tangan kita apabila tersentuh cawan berisi air panas.
Kita juga akan menggigil apabila kesejukan. Apabila kita termakan makanan yang masam, automatik mata kita akan terpejam seketika.
* Pembiakan Manusia
Manusia membiak dengan melahirkan anak.
Sekiranya manusia berhenti membiak, bilangan manusia di muka bumi akan berkurang dan akhirnya pupus.

Dipetik dari Cekgu Hamzah

No comments:

Post a Comment