Sunday 8 December 2013

Apa Itu Pelangi?


                                            Dipetik dari : http://cikgunorlita.blogspot.com



Pelangi merupakan fenomena optik dan meteorologi
yang menghasilkan spektrum cahaya (hampir) selanjar
 di langit apabila matahari bersinar semasa hujan turun.
Ia merupakan satu lengkung yang berwarna-warni dengan
warna merah di lengkung paling luar dan ungu di lengkung
 paling dalam. Mengikut urutan, warnanya ialah merah, jingga,
 kuning, hijau, biru, indigo dan ungu.


Pelangi dihasilkan apabila cahaya terbias melalui titik air di
udara. Sebab itulah pelangi selalu dapat dilihat selepas hujan.
Ia berbentuk melengkung (bulat) kerana titisan air di udara
berbentuk bulat/sfera. Namun biasanya bahagian bawah pelangi
itu "terlindung" oleh bumi. Fenomena pelangi ini juga boleh dilihat
dengan membelakangi matahari dan menyembur air pada hari
yang cerah.



Sumber : Wikipedia Bahasa Melayu

No comments:

Post a Comment