Thursday 28 November 2013

CUCUK SAYA – AIR TIDAK AKAN KELUAR

(‘Stab me – the water doesn’t come out’) 


Bagaimana melakukannya? (‘How to do it?’) 


1. Bahan – bahan yang diperlukan (‘What Do I Need?’) 

• Beberapa pensil yang ditajamkan (‘Sharpened pencils’) 

• Beg plastik bersaiz sederhana (‘Plastic bag (medium size’) 

• Air (‘Water’) 


2. Isikan plastik beg dengan air dan ikatkan atasnya. (‘Fill a plastic bag with water and seal the top tightly.’) 


3. Cucuk satu pensil ke beg plastik. (‘Stab one pencil into the plastic bag.’) 


4. Kemudian, cucuk lagi beg plastik dengan beberapa pensil yang ditajamkan, air tidak akan keluar dari beg plastik walaupun setitik. (‘Puncture the bag with several newly sharpened pencils, the water won’t leak out, never a drop.’)

Bagaimana ia berlaku? (‘How this works?’) 
1. Plastik adalah sejenis polimer sintetik. Ia diperbuat melalui proses polimerasi dan bahan asalnya ialah (etilena – sejenis gas) yang terhasil daripada petroleum. Ia sangat murah dan digunakan dalam aplikasi kehidupan seharian. (‘Plastic is a form of synthetic polymer. It is made through the polymerisation process, and its raw material (ethylene-a type of gas) comes from petroleum. It is tough yet cheap and widely used in everyday applications.’) 

2. Kebanyakan beg plastik diperbuat daripada polietilena. Apabila polietilena ini dipanaskan, molekul – molekulnya yang mengecut, jadi apabila anda mencucuk pensil menembusi beg polietilena, geseran antara pensil dan plastik memanaskan molekul polietilena dan menyebabkan molekul – molekulnya mengecut mengelilingi pensil. Itu merupakan satu sebab mengapa air tidak bocor keluar. (‘Most plastic bags are made of polyethylene. When polyethylene is heated, its molecules shrink, so when you stab a pencil through the polyethylene bag, the friction of the pencil against the plastic heats the polyethylene molecules and causes them to shrink around the pencil. That’s one reason why no water will leak out.’)

Kemahiran Proses Sains

Kemahiran Proses Sains


Monday 25 November 2013

PEMELIHARAAN HUTAN (SAINS THN 6)

Tumbuhan dan haiwan merupakan unsur penting dalam kehidupan manusia kerana ianya dapat membekalkan sumber makanan dan bahan mentah. Pemeliharaan dan pemuliharaan dapat mengekalkan keseimbangan ekosistem di mana kita meminimumkan pemusnahan habitat haiwan dan juga mengelakkan daripada berlakunya pencemaran.


Hutan lipur adalah antara satu kaedah yang digunakan untuk memelihara flora dan fauna yang ada di sekeliling. Hutan lipur Ulu Kenas di Kuala Kangsar adalah contoh hutan lipur yang dijaga untuk mengekalkan kehijauan hutan dan juga untuk mengekalkan spesis flora agar tidak pupus. Terdapat banyak spesis tumbuhan di sini. Ianya juga dijadikan sebagai tempat rekreasi dan terdapat juga tempat untuk melaksanakan kursus ataupun kem motivasi.


                                    




Tapak perkhemahan di Hutan Lipur Ulu Kenas


               


pelbagai spesis flora                             




pokok pisang hutan


                                               

spesis palma jenis kipas                                      
                                                                               
Berbagai aktiviti boleh dilakukan di sini seperti berkhemah dan juga sebagai tempat untuk mengendalikan pelbagai jenis kursus. Kehijauan hutan lipur ini harus dikekalkan sebagai salah satu tempat untuk beriadah dan berehat setelah penat bekerja. Para pengunjung diminta menjaga kelestarian hutan ini demi mengekalkan khazanah yang tiada tolok bandingnya.
Cintailah hutan kita!   

Dipetik dari Laman Blog Guru Sains

SISTEM RESPIRASI HAIWAN (SAINS THN 4)

Haiwan mempunyai organ respirasi yang pelbagai. Antara organ respirasi haiwan adalah:-

1. paru-paru
2. kulit lembab
3. insang
4.struktur trakea
5. buku paru-paru

Berikut ialah imej bagi beberapa jenis organ respirasi haiwan.


Amfibian menggunakan paru-paru dan kulit lembap.


Dipetik dari laman Blog Cikgu Sains